Jualan Balik Kampung

Saya Susunkan Top 5 Video Panduan / Webinar Popular Saya Tahun Ini Untuk Anda

Panduan ini sudah memberi manafaat kepada ramai ibu bapa dan saya mengajak anda juga mendapatkannya.

"Perkongsian Puan Maznah membantu saya untuk keluar dari rasa 'helpless' dan 'useless' apabila berhadapan dengan situasi tegang dengan anak. Walaupun saya tidak dapat mahir secara overnight, tetapi ia membantu untuk saya reflect tindakan emosi saya dan berfikir bagaimana saya boleh react dengan lebih baik."

Nur Aishah

Maznah Ibrahim

Hai saya Maznah Ibrahim merupakan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia semenjak tahun 2006.

Lebih 18 tahun  berkecimpung dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa dan keibubapaan.

Saya juga aktif melakukan advokasi melalui perkongsian ilmu keibubapaan di media sosial & media massa bagi pencegahan trauma kanak-kanak yang jika dibiarkan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko isu kesihatan mental sewaktu dewasanya nanti.

Di Media

5 Video Panduan Paling Popular Tahun Ini

2. Dengarlah Anak Ku

Apa yang anda akan belajar

3 Prinsip Mengenai Kanak-kanak – ‘Mindset’ Mengenai Kanak-kanak Yang Ibubapa Perlu Tahu – apa menyebabkan mereka tak boleh dengar atau faham apa kita cakap
3 Style Komunikasi Yang Telah Kita Lakukan Selama Ini – Berulang-ulang Cara Sama Menyebabkan Komunikasi dengan Anak Tidak Berkesan Selama Ini (malah gaya yang sama ini akan ditunjukkan oleh anak-anak kita: cerminan)

5 Prinsip Untuk Ibu Bapa Kini – ‘Mindset’ Yang Ibubapa Perlu Ada Agar Lebih Relaks Bila Berbicara dengan Anak

10 Strategi / Formula – Setelah selesai 3 perkara di atas, barulah kita boleh applikasikan 10 strategi ini. 10 Strategi/ Formula untuk BerKomunikasi dengan Anak Sehingga Berkesan

1. EQ Anak Penting - Macam Mana Nak Buat

Anak yang cerdas emosi (juga fizikal), akan mudah mencerap ilmu dan mencapai tahap intelek terbaik mereka, kerana mereka gembira, yakin diri, dan bebas menyerlahkan minat dan potensi mereka dalam persekitaran yang serba mencabar kini. Mereka juga dapat dapat mengendalikan stres dengan baik, tahu memotivasikan diri sendiri bila ‘down’, dan mengurus konflik/ perhubungan dengan individu lain dengan secara sihat.

Pada akhir video, para peserta akan memperoleh perkara berikut:
 

Memahami 5 komponen EQ manusia

Mengetahui bagaimana menjana serta mengukuhkan EQ anak menerusi 5 komponen ini (cara, kaedah, tips) dalam aktiviti harian kita

Satu Proses: 5 Langkah Tuning In atau bimbing emosi anak ketika berlaku situasi kurang enak.

BONUS: Mempelajari 5 contoh aktiviti bonding yang menguatkan EQ anak melalui game/aktiviti: Bila sebut game, bermaksud ibu bapa terlibat /take turn main sama lah.

3. Tegas Dalam Hikmah

Memberikan kefahaman atau kesedaran, info dan skil pengurusan tingkahlaku anak berusia bawah 12 tahun (antara 1.5-12 tahun), yang merangkumi perkara berikut:

3 Komponen Utama Pengurusan Tingkahlaku Anak 12 Tahun ke Bawah

8 Teknik Meningkatkan Tingkah Laku Diingini

2 Teknik Mengurangkan Tingkah Laku Tidak Diingini

6 Tips Halang Tingkahlaku Tidak Diingini Berlaku

8 Teknik Pengurusan Kendiri Tingkah Laku Anak

4. Anak Kita 3-6 Tahun

Selalu bila peringkat usia ini kita alami rasa rimas dengan permintaan dan idea serta aksi anak-anak usia ini.

Bukan setakat bergaduh berebut dan ‘bercakau’ malahan permintaan yang kita rasa bukan-bukan dan tak dengar kata kita juga kerap berlaku.

Dah terang berulang kali pun masih tidak faham-faham? Siap salahkan ibubapa nya lagi, ada lah.

Dengarkan perkongsian webinar 1 jam saya berkenaan perkembangan anak kita yang berusia 3-6 tahun dari sudut perkembangan sosio-emosi, pemikiran dan psikoseksual.

5. Penat Emosi - Urus Emosi ibu Bapa

Penat emosi juga menyebabkan ibubapa rasa tidak selesa kerana kerap terlepas kepada anak-anak dan pasangan. Sedangkan ibubapa sendiri tahu ianya tidak perlu sebegitu.

Ianya juga menjadi halangan dalam perhubungan dan komunikasi positif kerana emosi kurang baik (stabil).

Video panduan ini 3 jam 50 minit ini akan memberikan kefahaman, kesedaran dan skil kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:

5 Strategi utama berserta cara/idea solusi yang boleh dilakukan secara konsisten agar beban emosi akan berkurang, stabil dan terkawal.

5 teknik pengurusan emosi yang praktikal, mudah & spesifik yang boleh dilakukan setiap hari.

"Webinar Penat Emosi sangat membantu saya untuk menjadi ibu yang lebih baik. Teknik untuk kawal emosi yang diajar oleh Puan Maznah memberi saya ketenangan yang saya tercari-cari selama ini. Terima Kasih Pn Maznah for sharing your knowledge & experiences."

Jaspreet Kaur

"Byk ilmu yg sy perolehi dan sy amalkan sedikit demi sedikit kepada anak2 serta nampak hasilnya... Anak jd semakin positif, tenang, rajin membantu..."

Nabilah
Nota PDF

Sebagai rujukan & boleh cetak sendiri.

Tambahan Versi Audio Sahaja

Sesuai digunakan semasa travel & hanya perlukan sambungan internet minima.

Akses 180 hari (6 Bulan)

Boleh tonton berulang kali pada bila-bila masa.

Email Support

Ada soalan yang terpendam? Terus emailkan sahaja. 

Maaf jualan ini sudah ditutup

--
Days
--
Hours
--
Minutes
--
Seconds

Jika anda tak mahu terlepas lagi peluang sebegini, sila sertai whatsapp group ini.