Bersama Dr. Maznah Ibrahim
"Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila sedih, marah, atau risau datang menyerang?"
Sama ada anda seorang dewasa yang 'struggle' dengan beban hidup, anak muda yang mencari arah, atau ibu bapa yang ingin menjadi lebih baik - Payung Emosi adalah 'toolkit' anda.
Harga Asal: RM197
Tonton Sekarang & Mulakan Transformasi
Kesan nyata dan transformasi peribadi daripada mereka yang baru saja menamatkan sesi Payung Emosi.
"Alhamdullilah. Di saat emosi sedang ribut dan berkabus beberapa minggu ni, Allah gerakan hati mengikut webinar ni. Webinar yang sangat engaging dan berkesan. Kita selalu baca di dalam buku parenting, untuk acknowledge child emotion, tapi kita ibu bapa sendiri tak pernah belajar bagaimana untuk acknowledge emosi sendiri dan belajar mengawal/ memayungi emosi sendiri."
"Setiap emosi yang kita rasa adalah valid dan perlu diabsahkan. Bagaimana kita memberi reaksi kepada emosi itu adalah personal journey masing-masing and Payung Emosi yang Dr Maznah ajarkan dalam sesi ini adalah merupakan tool yang sangat baik untuk saya bersedia dan menangani emosi saya nanti. Acknowledge the emotion and give an option on how to react."
"Alhamdullilah saya dapat belajar untuk atasi emosi sedih / marah. Payung emosi sebagai coping mechanism utk emosi sedih / marah."
"Alhamdulillah. Pengalaman berbeza belajar coping skill. Sgt menarik. Sy lebih faham cara-cara yang boleh dilakukan ketika beremosi. Nak cuba buat aktiviti ini dengan anak-anak pula."
"Alhamdulillah, dapat ilmu coping skills cara urus emosi... Faham bahawa emosi tidak dapat diubah, tapi kita dpt ubah cara kita tangani emosi dengan sihat."
"Belajar cara mudah untuk express feeling. Walaupun nampak simple, tapi memberi kesan."

"Emosi bukan musuh. Ia cuma cuaca."
Kehidupan kadangkala menduga kita melebihi apa yang mampu kita tanggung.
Hampir "burnout" dengan tuntutan rutin harian—rasa kosong & letih yang amat sangat.
Mudah rasa nak marah (melenting) pada orang terdekat, kemudian menyesal sendiri.
"Overthinking" tentang sebarang kemungkinan buruk hingga sukar pejam mata.
Sering mengelak dari cabaran baru kerana takut gagal & tidak yakin pada diri.
Emosi "Roller-coaster"—tenggelam dalam sedih yang dalam tanpa jalan keluar.
Buntu melihat insan tersayang sedang menderita tetapi tak tahu cara membantu.
"Ia bukan salah anda. Anda cuma belum pernah diajar untuk 'memegang' emosi tersebut."
Kita mengajar anak memakai payung ketika hujan. Kita mengajar mereka memakai topi ketika panas terik.
"Tetapi berapa ramai antara kita yang pernah diajar apa yang perlu dilakukan apabila hati sedang hujan?"
Apabila fikiran berguruh? Apabila jiwa dibadai ribut kehidupan? Ramai menghabiskan bertahun-tahun hidup tanpa mempunyai 'coping skills' yang sihat.
Hati Hujan
Sedih & Tenggelam
Fikiran Berguruh
Marah & Meletup
Jiwa Ribut
Takut & Membeku
Hati Sunyi
Kecewa & Menyerah
Bukan kerana anda lemah. Tetapi kerana tiada siapa pernah mengajar anda cara melindungi diri.
Fahami mesej di sebalik setiap 'cuaca' jiwa anda.
Hujan
Panas Terik
Guruh
Ribut
Kabus
"Tiada cuaca yang salah. Tiada emosi yang salah. Semuanya adalah mesej dari jiwa anda."
"Apa yang penting bukan menghapuskan emosi, tetapi bagaimana kita menghadapinya."
Payung Emosi ialah satu alat kreatif berasaskan seni ekspresif yang membantu anda mengenal pasti dan membina coping skills yang sesuai apabila berhadapan dengan badai emosi.
"Sama seperti payung tidak menghentikan hujan, coping skills tidak menghilangkan emosi. Tetapi ia membantu kita melaluinya dengan lebih selamat."
Melalui aktiviti yang praktikal, anda akan membina Payung Emosi peribadi yang boleh digunakan berulang kali sebaik sahaja anda memerlukannya.

Fasilitator Utama
20 Tahun Membimbing Kesejahteraan Emosi
Dr. Maznah telah membimbing ribuan individu dan keluarga melalui proses regulasi emosi selama hampir dua dekad. Kepakaran beliau terletak pada gabungan psikologi dan kreativiti untuk mencapai ketenangan yang diperlukan.
Beliau percaya bahawa transformasi bermula dari kesedaran diri (self-awareness). Dengan memecahkan kitaran emosi yang tidak sihat, kita bukan sahaja menyelamatkan diri sendiri, malah masa depan anak-anak.
Melalui pendekatan Expressive Arts, beliau menyediakan ruang selamat (Safe Space) - zon bebas penghakiman bagi sesiapa yang ingin berkembang seiring dengan keperluan zaman moden.
"Let's Break the Cycle, starting from within."
Anda tidak pulang dengan tangan kosong. Ini adalah 'bekalan' untuk hari-hari sukar anda.
Semuanya Untuk Satu Pelaburan Kecil Diri Anda.
Aktiviti Hands-On (Bukan sekadar dengar)
Berasaskan alatan Expressive Arts yang terapeutik
Bersama Kaunselor Berdaftar
Praktikal & Terus Boleh Digunakan
Sesuai untuk semua peringkat umur (Remaja & Dewasa)
"Alhamdulillah sejak mengikuti kursus kali pertama dan kali kedua, hidup saya bertambah baik kerana saya lebih prihatin dan bijak urus emosi saya yg asyik turun naik lebih2 lagi ketika menguruskan anak2 dan suami."
Feeza
"Saya rasa lebih tenang dan webinar ini seolah2 menunjukkan jalan keluar dari pergolakan emosi sendiri... dapat 'break the cycle' dari trauma emosi saya sendiri."
Farhaney
"Webinar ini sangat membantu saya untuk menjadi ibu yang lebih baik. Teknik untuk kawal emosi yang diajar memberi saya ketenangan yang saya tercari-cari selama ini."
Jaspreet Kaur
"Saya telah practice tip-tip yang dikongsikan. Hasil nya sangat memberangsangkan, komunikasi bersama anak sy lebih berkesan dan terdapat perubahan tingkah laku yang positif."
Aisyah
"Perubahan tidak datang dari teori semata-mata, tetapi dari kefahaman yang jelas dan langkah yang boleh dipraktikkan."
Pelaburan Paling Berbaloi Untuk Diri Anda
Harga Asal: RM197
Ada Sebarang Pertanyaan?
HUBUNGI ADMIN SEKARANGAnda mungkin tidak dapat mengawal semua perkara yang berlaku dalam hidup. Tetapi anda boleh menyediakan diri dengan coping skills yang membantu anda menghadapi emosi dengan lebih tenang, selamat dan yakin.