SIRI Webinar KEIBUBAPAAN PREMIUM


Remaja: Storm & Stress

Memahami Cabaran & Persiapan Memasuki Fasa Remaja

Apa Ibu Bapa Boleh Lakukan Sekarang (Untuk Anak 7-14 Tahun)


Introduction

Fasa Remaja

Apa yang berlaku kepada anak fasa remaja adalah sesuatu yang tidak pernah kita jangka, ia seperti perubahan 360 darjah; 'mood swing', tingkahlaku berubah, gaya berubah, kerap mencabar pemikiran dan idea (ibu bapa dan sekeliling), banyak ketidaksetujuan, serta pemberontakan.

Apa yang merisaukan adalah bila kita rasa tak mampu 'handle' dengan lebih baik dan berhemah kerana ia agak mengejutkan, apatah lagi kita tidak bersedia untuk fasa ini.

Zaman Berbeza

Kita tidak membesar dalam zaman anak kita sedang membesar (kini), dan anak kita tidak membesar dalam zaman kita membesar (dulu). Faktor tren dan persekitaran luar serba mencabar amat mempengaruhi percubaan pendekatan 'parenting' positif kita kepada anak kita.

Memeningkan Kepala

Fasa 'strom and stress' ini sebenarnya adalah fasa normal bagi remaja. Namun biasanya juga ia fasa yang agak memeningkan kepala ibu bapa, apabila tiada persiapan yang cukup, sehingga kita mungkin boleh jadi putus asa, malah lebih dari itu mungkin 'give up' dan buntu...lepaskan kepada 'pusat' luar. Dah tentu kita tidak mahu berlaku hingga ke tahap itu.

Adversed Childhood Experience

Di tambah pula dengan kajian terkini menunjukkan ada perkaitan signifikan di antara pengalaman awal kanak-kanak (ACE; 'Adversed Childhood Experience') dengan kesihatan fizikal, emosi/mental serta sosial individu dewasa kelak.

Elakkan Konflik & Penyesalan

Bersediakah kita menjalani transisi ini dengan 'smooth', yakin dan cukup persiapan (perisai ilmu/ pendekatan/ mindset)? Sebaiknya kita mahu kurang konflik besar, dan jika berlaku apa-apa pun, anak boleh kembali kepada kita sebagai tempat selamat untuk mereka rujuk dan minta bantuan, kerana saat getir mereka untuk melalui fasa yang tidak mudah ini (pada sudut pandang mereka juga), akan menjadi pengalaman berguna kepada mereka untuk merempuh alam dewasa dan keibubapaan mereka pula kelak.

Kita tidak mahu mereka merujuk kepada tempat,kenalan atau kawan-kawan yang salah yang boleh mengundang risiko yang tak diingini.

Semoga kita dapat mengelak kesan dari ACE itu tadi, dan tiada penyesalan di kemudian hari.

Penceramah

Maznah Ibrahim

Maznah Ibrahim merupakan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia semenjak tahun 2006.

Lebih 16 tahun  berkecimpung dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa dan keibubapaan.

Maznah juga aktif melakukan advokasi melalui perkongsian ilmu keibubapaan di media sosial & media massa bagi pencegahan trauma kanak-kanak yang jika dibiarkan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko isu kesihatan mental sewaktu dewasanya nanti.

Di Media

Pengisian

Webinar Khusus berdurasi 2 jam ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:

Level 1

Video Preview Level 1
ACE (Adverse Childhood Effects)

Saya kongsikan kajian mengaitkan pengalaman awal zaman kanak-kanak dengan keadaan sukar/cabaran mereka sewaktu dewasa kelak.

Status Kesihatan Mental Dunia & Malaysia

Supaya kita faham bagaimana keadaan sekeling anak kita membesar waktu ini.

Apa cabaran yang anak remaja / pre-teen kita sedang hadapi?

Kita sudah jaga persekitaran dalam rumah kita sebaiknya, namun ada sesuatu di luar sana merupakan cabaran semasa yang nak tak nak anak kita tetap akan hadapi juga.

Bagaimana Mereka Respon / Cope

Mengetahui cara biasa mereka respon / 'cope' membantu kita memahami sudut pandang mereka. 

2 Perkara penting

Apakah dua perkara PENTING yang anak kita perlukan sebagai anak remaja (atau anak 'pre-teen', usia 9-12 tahun)?

Kunci

Bagaimana dua perkara TERSEBUT yang telah kita 'tanam' awal dan kini itulah juga KUNCI yang kita akan gunakan untuk 'repair' semula situasi.

Bertindak

Maka, bagaimana kita perlu bertindak sekarang?

Level 2

Setelah memahami webinar Level 1, webinar kedua anda akan Mendalami Skil Lanjutan 'Keibubapaan Remaja'.

 

Webinar Khusus berdurasi 2 jam 40 minit ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:

3 Skil Penting 'ISN'

Kita perlu ajar anak kita bagaimana mengurus stres mereka

3 Skil Penting 'ABC'

Kita perlu ajar anak kita cara bagaimana mereka nak mendepani cabaran cyberbully & situasi berisiko yang lain

1 Kaedah Penting 'SST'

Bagaimana ibu bapa sama jantina boleh bercakap mengenai seksualiti, perhubungan & perasaan dengan anak

Hasilnya

Mudah-mudahan dengan kefahaman yang dikongsikan nanti anda boleh:

Berfikiran terbuka tentang cabaran & situasi yang melanda anak-anak remaja

Bersedia secara mental & fizikal untuk membantu anak-anak sebagai persediaan menghadapi fasa yang sukar untuk mereka

Anda menjadi tempat selamat untuk mereka kembali & menjadi rujukan utama sekiranya mereka menghadapi situasi sukar

Semoga tiada penyesalan & kejutan apabila tiba masanya nanti, kerana anda sudah bersedia 

Membantu memberi anda idea  untuk memperbaiki hubungan & berkomunikasi dengan anak remaja & pra- remaja dengan lebih baik & bersedia

Apa Kata Yang Hadir Webinar Level 1 & 2

Ayuh bersama saya teruskan usaha mendidik ini

Saya tak sabar mahu kongsikan pengalaman, strategi serta kunci utama untuk menyokong perkembangan sihat anak-anak kita yang berusia 7-14 tahun ini. 

Mari kita berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik setiap hari

lebih bersedia, memahami ('understanding')

dan disenangi anak-anak

Mulakanlah

Dengar

Fahami

Laksanakan

usahlah ditangguh lagi

 

...break the cycle...

 

kerana PEMAHAMAN anda penting

untuk anak-anak anda kini dan akan datang.

RM147

asal RM299
Akses Rakaman 90 Hari - Level 1 [Durasi 126 minit]
Akses Rakaman 90 Hari - Level 2 [Durasi 160 minit]
Nota Versi PDF -Level 1 
Nota Versi PDF -Level 2 

Notifikasi Pembelian Terkini

FAQ

Perlu install apa-apa aplikasi?

Tidak perlu, hanya gunakan browser anda yang sedia ada.

Webinar ini Live?

Ini rakaman webinar yang sudah berlangsung sebelum ini.

Jika saya ada soalan semasa atau selapas menonton webinar

Anda ada boleh emailkan soalan anda kepada [email protected] dan puan Maznah akan menjawabnya.

Saya perlukan bantuan untuk mendaftar

Boleh whatsapp admin di nombor ini 6011 5983 1424 atau email: [email protected]

Saya tak terima apa-apa email selepas pendaftaran

Jika anda gunakan gmail, cuba periksa Folder Promotion gmail anda.

Jika masih tiada, whatsapp admin di nombor ini 6011 5983 1424 atau email: [email protected]. Nyatakan sekali nombor order anda.