Siri Webinar Keibubapaan TERBARU - VERSI RAKAMAN
Bagaimana Kita Nak Kekal Tenang dalam Situasi Tegang dengan Anak
Pengenalan
Seringkali kita mudah tersasar.
Kita tidak sedar diri dan terlepas kawalan diri apabila situasi bersama anak adalah di luar kawalan kita; seperti anak tiba-tiba buat hal, anak serang kita dengan perkataan mahupun perbuatan (agresif), atau anak merajuk dan amat sedih/kecewa.
Peliknya dengan kedua-dua jenis situasi ini (expressive dan supressive), kita boleh jadi marah.
Kenapa?
Memahami ini boleh meningkatkan kesedaran diri & kawalan diri kita, agar dapat memberi respon dengan sebaiknya.
Dengan 3 langkah mudah Tune In yang telah saya kaji dan pendekkan prosesnya, mudahan para ibu ayah boleh laksanakan dengan jayanya,
Sewaktu anak menunjukkan tingkah laku sukar atau tindakan mereka buat kita rasa nak marah saja.
Selain itu, mengenali 'trigger button' sangat-sangat membantu aspek kawalan diri dengan lebih baik dan berkesan, sebab ia unik dan berada dalam badan setiap insan.
Ia sebahagian dari kenali diri kita, sensitiviti diri kita sendiri.
SEMAKIN KERUH
Apabila kita tidak sedar diri, kita mudah jadi tantrum lebih dari tantrum anak :)
Menariknya tantrum orang dewasa ni agak buruk kelihatannya, ibu ayah merajuk tak tentu hala, kecil hati sangat-sangat, atau marah sangat-sangat dan ini mengelirukan si anak.
Mereka tidak memahami bahasa non verbal sebegini, malahan mereka akan memberi nama sendiri kepada tingkahlaku 'pelik' kita itu.
Contohnya:
"Sebab saya bad, mak merajuk atau marah. Saya memang teruk" (silap label diri).
"Apa kesalahan saya yang besar sangat tu ya sehingga mak atau ayah sangat marah???" (tertanya-tanya dan keliru tak faham sampai besar).
"Ayah lebih sayang adik/abang dari saya. Ayah memang tak suka saya" (silap penilaian).
Jawapannya hanya pada diri kita, tapi adakah anak ada masa untuk bertanya secara rasional seperti orang dewasa mengenai perkara lepas?
Jadinya anak akan membesar dengan mudah saja meniru cara gaya kita kendali konflik kecil itu tadi, dalam perhubungan personalnya.
Ia amat tidak sihat, untuk rakan sekerjanya, untuk pasangannya dan anak-anaknya kelak.
Penceramah
Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim merupakan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia semenjak tahun 2006.
Lebih 16 tahun berkecimpung dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa dan keibubapaan.
Maznah juga aktif melakukan advokasi melalui perkongsian ilmu keibubapaan di media sosial & media massa bagi pencegahan trauma kanak-kanak yang jika dibiarkan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko isu kesihatan mental sewaktu dewasanya nanti.
Di Media
Webinar Khusus dengan durasi 2 + 2 jam, Sesi 1 dan Sesi 2 ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran dan skil berserta contoh-contoh praktikal kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:
Apa berlaku dalam otak kita apabila situasi yang tidak kita duga terjadi sehingga mencetuskan konflik kita dengan si anak.
Sangat penting perkara ini. Dengan memahaminya membuat kita lebih sedar dan boleh bertindak dengan lebih rasional dan terkawal.
Bagaimana lakukannya?
3 langkah tune in secara verbal dan non verbal
(untuk anak belum boleh bercakap dan yang sudah boleh bercakap).
Maka kita tahu nak bertindak/respon bagaimana, sewaktu anak buat kita rasa sukar.
Kenalpasti trigger button dalam diri kita dan ia unik untuk setiap orang.
Sebab ia menjadikan kita mudah tersentuh di mana-mana jua keadaan pun.
Ini juga akan meningkatkan kesedaran diri kita dengan lebih baik dan boleh mengelakkannya pada masa depan
"Sesi yang padat penuh manfaat, timeframe yang sesuai dan interaktif. Worth the time and money spent. Penghargaan buat Pn. Maznah untuk ilmu yang telah diberikan"
"Alhamdulillah, jutaan terima kasih Puan Maznah yg berkongsi ilmunya dan sahabat2 dgn soalan2 yg sangat baik. Semoga Allah membalas dengan sebaik baiknya. Sesi yg sangat2 diperlukan, beneficial, very3 highly recommended, compact, eye opener, and fast track (sbb dh lama beli few ebook Puan Maznah tapi masih x habis2 baca lagi nih!). Superb!!!. InshaAllah upgrade level parenting semua."
"Sgt bermanfaat. Worth every penny spent. Ibubapa perlu belajar topic sexuality ini supaya kita boleh memberi reaksi yg positif dan membina kerana kanak² mmg sgt suka explore. Reaksi Dan ilmu Ini juga penting sbb akan beri kesan jangka panjang terhadap kepercayaan Dan behavior anak di Masa hadapan"
"Kenapa kita tak kenal lebih awal? Cewah.. 1st,puan org terpilih utk berkongsi ilmu dan saya bersyukur terpilih mendapat rezeki dlm bentuk ilmu ini drpd puan. Penyediaan slides yg sgt kemas, lancar, ditambah dengan suara sedap dan lembut.. Mmg menusuk jiwa. Paling best apabila turut diselitkan contoh2 ayat yg mak2 boleh copy.. Saya jarang ada ilham utk ckp begitu."
"Ini adalah kali pertama saya join webinar dari Pn Maznah. Saya jatuh hati. Mudah faham dan InsyaAllah mudah diaplikasikan juga. Semoga Allah merahmati kita semua. Terima kasih Pn Maznah & team."
"Alhamdulilah... selepas menonton secara rakaman..byk sgt teknik keibubapaan yg byk sy kene belajar untuk faham anak... sekarang sy lebih sabar dan tenang dalam menguruskan anak- anak. Terima kasih sgt2 Pn. maznah... semoga Allah merahmati kehidupan pn sekeluarga.. amin,,"
Mari kita belajar tingkatkan kesedaran diri kita sebagai ibu ayah.
Mudah-mudahanan dengan memahami dan dengan skil yang dikongsikan, jiwa kita lebih harmoni, sedar diri, tenang dan seluruh keluarga juga lebih baik, aman dan membahagiakan. Amin.
Jika anda beremosi tanpa sebab yang jelas
bimbang ianya sudah mula menjejaskan beberapa perkara dalam hidup anda
Sebenarnya anda tidak keseorangan
Ayuh bersama saya dalam webinar ini.
Saya tak sabar mahu kongsikan pengalaman dan ilmu yang saya ada untuk tambah baik keibubapaan kita bersama.
Mari kita berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik setiap hari
Lebih tenang
Disenangi anak-anak & pasangan
Mulakanlah
usahlah ditangguh lagi
...'break the cycle'...
kerana emosi anda penting
dan anda sangat penting untuk anak-anak & pasangan
Siri Webinar Keibubapaan Live
Webinar Tenang Semasa Tegang
RM297 RM 49*
*Dapatkan webinar ini pada harga EARLY BIRD sebelum timer di atas tamat
Link akses ke webinar akan diberikan antara 5 minit hingga 1 jam selepas pembayaran melalui email.
Semua pendaftaran akan diberikan akses rakaman selama 90 hari.
Akses rakaman akan diberikan melalui email 5 hari selepas webinar live.
Sangat digalakkan bahkan lebih baik. Supaya anda berada dalam same page apa bila hendak mengamalkan apa yang sudah dipelajari dan berdepan dengan situasi-situasi dengan anak.
Tidak perlu, kami gunakan youtube Live dan anda perlu login ke account youtube anda untuk komen atau bertanya soalan.
Boleh whatsapp admin di nombor ini 011 59831424 atau email: [email protected]
Jika anda gunakan gmail, cuba periksa Folder Promotion gmail anda.
Jika masih tiada, whatsapp admin di nombor ini 011 59831424 atau email: [email protected]. Nyatakan sekali nombor order anda.
Sijil akan diberikan atas permintaan. Hanya perlu emailkan nama penuh dan no kad pengenalan kepada [email protected] atau whatsapp kepada team kami 6011 5983 1424 selepas anda selesai menonton webinar.
Sila whatsapp team kami 6011 5983 1424 untuk bantuan lainjut.



