UnStuck

Bagaimana Mahu Move On Apabila Terperangkap Cycle Rasa Bersalah Pada Diri & Anak


Pengenalan

Ramai ibu bapa termarah anak (tanpa sedar) akibat kawalan emosi yang lemah.

Kemudian akan menyesal dan kini mula nampak kesan kepada anak tersebut seawal usia 5,6 tahun (bagi yang sedar awal). 

Apatah lagi dahulu kurang kursus 'parenting' jadi ramai yang ikut arus semasa yang sibuk dan terlepas pandang kepada keperluan emosi anak. Kini apabila anak sudah fasa remaja, keadaan lagi berat ditanggung.

Anak menjauh diri, anak tidak mendengar kata, melawan / memberontak, serta meletakkan kawan (atau abang/kakak angkat) lebih dari ibu bapa sendiri.

Anak yang kecil iaitu seawal 5-6 tahun pula mula tidak mendengar kata, melawan, dan bersikap kasar fzikal kepada ibu bapa dan adik-adiknya.

Malah ada yang menimbulkan masalah di sekolah pula.

Ibu bapa pula sudah banyak belajar tips dan teknik untuk lebih baik dalam parenting, tapi tidak mampu laksanakannya kerana faktor dalaman diri itu (kesal dan rasa bersalah). 

Bukanlah salah siapa-siapa. Keadaan pada waktu itu yang buatkan ibu/ayah sangat marah (atau sehingga melepaskan secara fzikal) merupakan aksi terbaik yang mampu dilakukan pada ketika itu.

Kekesalan tidak membantu malahan menambahkan lagi beban cabaran yang sedang ditanggung kini.

Kita tetap perlu melaluinya dengan sebaik mungkin dan 'move on'. Maafkan diri dan teruskan perjalanan keibubapaan kita dengan sebaik mungkin.

Penceramah

Maznah Ibrahim

Maznah Ibrahim merupakan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia semenjak tahun 2006.

Lebih 16 tahun  berkecimpung dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa dan keibubapaan.

Maznah juga aktif melakukan advokasi melalui perkongsian ilmu keibubapaan di media sosial & media massa bagi pencegahan trauma kanak-kanak yang jika dibiarkan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko isu kesihatan mental sewaktu dewasanya nanti.

Di Media

Bagaimana Mahu Move On Apabila Terperangkap Cycle Rasa Bersalah Pada Diri & Anak? Bagaimana Caranya?

Webinar kali ini berlainan dari webinar saya yang sebelum ini.

80% adalah secara hands on dan direka amat khusus.

Saya akan kongsikan secara proses demi proses, untuk kembalikan keyakinan ibu ayah sebagai ibu bapa - Lepaskan rasa bersalah, maafkan diri dan terus 'move on'.

Sehingga kemudian boleh memimpin anak-anak dengan penuh kebaikan dan berhikmah. 

Webinar Khusus dengan durasi 2 + 2 jam, Sesi 1 dan Sesi 2 ini akan merangkumi perkara berikut:

Sesi 1:

Refleksi 

Fakta sebenar mengenai bimbang dan rasa bersalah untuk ibu bapa.

Aktiviti Memproses & Melepaskan Perasaan Berkaitan Momen Silap kepada Anak

Rasa kepada momen itu akan dikeluarkan dan dirasai dengan sebaiknya (tidak dinafikan, dimatikan). Ia kemudian diposes dengan cukup baik dan selamat melalui aktiviti pemprosesan emosi yang berkesan.

Penutup 'Empowering'

Mengeluarkan sumber dalaman diri yang unik dan terbaik melalui aktiviti yang berkesan. Ia ditutup dengan skrip diri yang unik, lebih dekat dengan diri sebenar yang positif dan yakin. 

Sesi 2:

Aktiviti Merancang & Membentuk Tindakan Baru **

Peserta akan nampak jelas diri yang lama dan kesannya, serta impian diri yang baru dan ingin dicapai melalui aktiviti ekspresif seni dan solusi tindakan yang akan dilakukan setiap hari nanti.

Aktiviti Memaafkan & Melepaskan (Forgiving & Letting Go)

Peserta akan memahami akibat dari peristiwa khusus masa lalu yang membuatkan kita 'stuck' dan tidak dapat 'move on'.

Model ice berg dan time line kehidupan akan difahami bagi membantu kepentingan pemprosesan emosi dan move on ini.

** modul ini memenangi pingat emas di pertandingan inovasi 2018

Kali Pertama ?

Boleh Lihat Apa Kata Perserta Yang Pernah Hadir Webinar Saya Sebelum Ini.

"Sesi yang padat penuh manfaat, timeframe yang sesuai dan interaktif. Worth the time and money spent. Penghargaan buat Pn. Maznah untuk ilmu yang telah diberikan"

Puan Syida

"Alhamdulillah, jutaan terima kasih Puan Maznah yg berkongsi ilmunya dan sahabat2 dgn soalan2 yg sangat baik. Semoga Allah membalas dengan sebaik baiknya. Sesi yg sangat2 diperlukan, beneficial, very3 highly recommended, compact, eye opener, and fast track (sbb dh lama beli few ebook Puan Maznah tapi masih x habis2 baca lagi nih!). Superb!!!. InshaAllah upgrade level parenting semua."

Puan Afiah

"Sgt bermanfaat. Worth every penny spent. Ibubapa perlu belajar topic sexuality ini supaya kita boleh memberi reaksi yg positif dan membina kerana kanak² mmg sgt suka explore. Reaksi Dan ilmu Ini juga penting sbb akan beri kesan jangka panjang terhadap kepercayaan Dan behavior anak di Masa hadapan"

Puan Tasnim

"Kenapa kita tak kenal lebih awal? Cewah.. 1st,puan org terpilih utk berkongsi ilmu dan saya bersyukur terpilih mendapat rezeki dlm bentuk ilmu ini drpd puan. Penyediaan slides yg sgt kemas, lancar, ditambah dengan suara sedap dan lembut.. Mmg menusuk jiwa. Paling best apabila turut diselitkan contoh2 ayat yg mak2 boleh copy.. Saya jarang ada ilham utk ckp begitu."

Puan Nurhanani

"Ini adalah kali pertama saya join webinar dari Pn Maznah. Saya jatuh hati. Mudah faham dan InsyaAllah mudah diaplikasikan juga. Semoga Allah merahmati kita semua. Terima kasih Pn Maznah & team."

Puan Zahratul

"Alhamdulilah... selepas menonton secara rakaman..byk sgt teknik keibubapaan yg byk sy kene belajar untuk faham anak... sekarang sy lebih sabar dan tenang dalam menguruskan anak- anak. Terima kasih sgt2 Pn. maznah... semoga Allah merahmati kehidupan pn sekeluarga.. amin,,"

Puan Shahida

Mahukah Anda?

Mari kita belajar tingkatkan kesedaran diri kita sebagai ibu ayah.

Mudah-mudahanan dengan memahami dan dengan skil yang dikongsikan, jiwa kita lebih harmoni, sedar diri, tenang dan seluruh keluarga juga lebih baik, aman dan membahagiakan. Amin.

Tahu apa nak buat apabila rasa situasi emosi tidak baik atau kurang selesa

Dapat buat terus dan kemudian mengamalkan mana yang mudah dan sesuai secara konsisten

Rasa ringan emosi setelah melalui sesi webinar ini

Rasa lebih yakin yang anda mampu untuk mengurus emosi diri sendiri

Rasa lebih tenang bila berhadapan situasi sukar pada masa hadapan

Rasa yang anda boleh mengawal situasi dengan lebih baik

Dapat menunjukkan contoh yang lebih baik untuk anak-anak & pasangan 

Hubungan dengan anak-anak & pasangan malah orang sekitar menjadi lebih baik

Jika anda beremosi tanpa sebab yang jelas

bimbang ianya sudah mula menjejaskan beberapa perkara dalam hidup anda

  • hubungan dengan anak-anak
  • hubungan dengan pasangan
  • banyak perkara menjadi tidak terurus
  • prestasi kerja anda terganggu
  • menjadi pemarah

Sebenarnya anda tidak keseorangan

 

Ayuh bersama saya dalam webinar ini.

Saya tak sabar mahu kongsikan pengalaman dan ilmu yang saya ada untuk tambah baik keibubapaan kita bersama.

Mari kita berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik setiap hari

Lebih tenang

Disenangi anak-anak & pasangan

Mulakanlah

  1. Dengar
  2. Fahami
  3. Laksanakan

usahlah ditangguh lagi

 

...'break the cycle'...

 

kerana emosi anda penting

dan anda sangat penting untuk anak-anak & pasangan

Apa Kata Yang Sudah Hadir Sesi 1 & 2

Siri Webinar Keibubapaan - Versi Rakaman

Webinar UnStuck

RM350   RM 79*

Akses Rakaman Sesi 1 Selama 90 Hari

Akses Rakaman Sesi 2 Selama 90 Hari

Workbook & Nota PDF Sesi 1 & Sesi 2

FAQ

Berapa lama akan dapat akses?

Link akses ke webinar akan diberikan antara 5 minit hingga 1 jam selepas pembayaran melalui email.

Boleh saya tonton bersama pasangan?

Sangat digalakkan bahkan lebih baik. Supaya anda berada dalam same page apa bila hendak mengamalkan apa yang sudah dipelajari dan berdepan dengan situasi-situasi dengan anak.

Perlu install apa-apa aplikasi?

Tidak perlu, kami gunakan youtube Live dan anda perlu login ke account youtube anda untuk komen atau bertanya soalan.

Saya perlukan bantuan untuk mendaftar

Boleh whatsapp admin di nombor ini 011 59831424 atau email: [email protected]

Saya tak terima apa-apa email selepas pendaftaran

Jika anda gunakan gmail, cuba periksa Folder Promotion gmail anda.

Jika masih tiada, whatsapp admin di nombor ini 011 59831424 atau email: [email protected]. Nyatakan sekali nombor order anda.

Ada Sijil Di Sediakan?

Sijil akan diberikan atas permintaan. Hanya perlu emailkan nama penuh dan no kad pengenalan kepada [email protected] atau whatsapp kepada team kami 6011 5983 1424 selepas anda selesai menonton webinar.

Saya mahu buat manual bank transfer atau melalui ATM.

Sila whatsapp team kami 6011 5983 1424 untuk bantuan lainjut.