Saya Susunkan 22 Video Panduan / Webinar Untuk Anda
Panduan ini sudah memberi manafaat kepada ramai ibu bapa dengan lebih 700 review 4 dan 5 bintang dan saya sekarang mengajak anda mencubanya.
"Perkongsian Puan Maznah membantu saya untuk keluar dari rasa 'helpless' dan 'useless' apabila berhadapan dengan situasi tegang dengan anak. Walaupun saya tidak dapat mahir secara overnight, tetapi ia membantu untuk saya reflect tindakan emosi saya dan berfikir bagaimana saya boleh respon dengan lebih baik."
Maznah Ibrahim
Salam sejahtera.
Saya Maznah Ibrahim, saya telah berkhidmat sebagai kaunselor kesihatan mental selama 19 tahun dan menjadi saksi (klien-klien kaunseling) bahawa banyak cabaran kesihatan mental berpunca sejak zaman kanak-kanak dan remaja.
Sangkaan saya ini kemudiannya disahkan oleh satu kajian besar seperti Adverse Childhood Experiences (ACEs), yang menunjukkan kesan jangka panjang pengalaman negatif di usia awal.
Saya melihat masyarakat masih mengulang kesilapan yang sama dan cycle ini berisiko berterusan.
"Anak yang membesar dengan makian, dipukul, dimalukan akan pula memaki, memukul & memalukan anaknya pula. 'Then the cycle continue'".
.Tiada siapa mahukan perkara ini berlaku, tetapi itulah contoh & apa yang dipelajari di ruang lingkup kehidupan mereka.
Sebenarnya, punca utamanya adalah kurangnya pendedahan & juga ilmu yang benar.
Ibu bapa perlu tahu bahawa ada cara yang lebih baik di luar sana.
Kita perlu hentikan kitaran ini, supaya diri kita & generasi hadapan akan menikmati kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.
Jadi saya berazam untuk berkongsi pengalaman, kepakaran & ilmu yang saya ada supaya cycle ini tidak berterusan.
Saya bermula dengan siri seminar, ebook dan kini saya lebih banyak membuat webinar supaya lebih ramai dapat manfaat darinya.
Sasaran utama webinar-webinar ini adalah pengurusan anak-anak mengikut fasa perkembangan mereka dan diri ibu atau bapa itu sendiri.
Ini adalah 3 kategori utama webinar/panduan yang saya banyak fokuskan berdasarkan ilmu & pengalaman yang saya ada, iaitu:-
✅ Emosi – Memahami dan mengurus emosi anak serta ibu bapa sendiri
✅ Komunikasi – Teknik komunikasi berkesan untuk mengeratkan hubungan keluarga
✅ Kemahiran Keibubapaan – Strategi umum & khusus topik keibubapaan berdasarkan tahap perkembangan anak
Setiap topik saya gunakan pendekatan yang praktikal dan mudah diaplikasikan agar ibu bapa dapat terus menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Semoga dengan panduan ini, parenting journey anda akan lebih tenang, memberi makna yang positif dan berimpak untuk anak-anak, diri sendiri serta pasangan.
Sesungguhnya, langkah pertama adalah dengan ilmu (mengetahui dan memperoleh kesedaran).
"Lets Break The Cycle, Together".
Anda Juga Boleh Dapati Perkongsian Saya Di Media
Apa yang anda akan belajar
Anak yang cerdas emosi (juga fizikal), akan mudah mencerap ilmu dan mencapai tahap intelek terbaik mereka, kerana mereka gembira, yakin diri, dan bebas menyerlahkan minat dan potensi mereka dalam persekitaran yang serba mencabar kini. Mereka juga dapat dapat mengendalikan stres dengan baik, tahu memotivasikan diri sendiri bila ‘down’, dan mengurus konflik/ perhubungan dengan individu lain dengan secara sihat.
Pada akhir video, para peserta akan memperoleh perkara berikut:
Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada stail parenting mereka betul dan sesuai, tanpa sedar ia memberi kesan besar kepada anak di kemudian hari. Contohnya, apabila kita terlalu memaksa, anak mungkin kelihatan menurut, tetapi akhirnya memberontak.
Dalam webinar ini, anda akan kenal pasti ‘parenting style’ yang sedang anda gunakan, pelajari penyesuaian yang perlu dibuat, dan fahami langkah-langkah untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik. Jemput sertai webinar ini untuk memahami dan bertindak dengan lebih bijak demi anak-anak anda!
Memberikan kefahaman atau kesedaran, info dan skil pengurusan tingkahlaku anak berusia bawah 12 tahun (antara 1.5-12 tahun), yang merangkumi perkara berikut:
Anak Pendam atau Sukar Luah Perasaan?
Tindakan manusia sama ada memendam atau meluah—dan jika meluah, boleh jadi secara agresif atau asertif. Ramai ibu bapa berharap anak mereka mudah berkongsi perasaan, tetapi bagaimana caranya?
Dalam webinar 1 jam ini, anda akan fahami kesan jangka panjang anak yang memendam, serta teknik berkesan untuk mendorong mereka berkongsi—termasuk RAHSIA SELAMAT.
Skil ini penting bukan sahaja untuk memperkukuh hubungan ibu bapa-anak, tetapi juga sebagai asas EQ yang akan membantu mereka dalam kehidupan dewasa kelak. Sertai webinar ini untuk belajar cara komunikasi yang lebih efektif bersama anak!
Therapeutic Storytelling Untuk Anak ialah teknik bercerita yang memberi kesan kepada cara anak berfikir, berasa, dan bertindak—dalam bentuk ‘lesson time’ yang seronok dan tidak disedari mereka.
Ia membantu anak belajar dari kisah watak lain yang menghadapi cabaran serupa, memberi inspirasi untuk mengatasinya. Skil ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin mendorong perubahan tingkah laku anak secara halus, sambil memperkukuh bonding emosi.
Teknik ini paling berkesan untuk anak usia 0-7 tahun, tetapi juga boleh digunakan secara santai untuk anak lebih besar, seperti ketika berbual di dalam kereta.
Konflik Adik-Beradik & Isu Buli: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu?
Konflik antara adik-beradik adalah perkara biasa, tetapi jika berpanjangan, ia boleh mencetuskan luka emosi hingga dewasa.
Dalam webinar 1 jam 30 minit ini, anda akan memahami psikologi pelaku dan mangsa, serta bagaimana ibu bapa boleh mengelakkan kesan jangka panjang yang menyakitkan.
Saya juga akan berkongsi buku kanak-kanak bertajuk Bully untuk membantu anak menghadapi situasi buli dengan asertif, serta memberikan solusi praktikal untuk ibu bapa dalam mengurus konflik anak di rumah.
Dengan ilmu yang betul, kita boleh membina hubungan adik-beradik yang lebih harmoni dan mencegah luka emosi yang mendalam.
Hubungan Ibu Bapa & Anak Semakin Renggang?
Bila anak membesar, dunia sosialnya berkembang, dan komunikasi menjadi semakin sukar—ditambah pula dengan kesan PKP yang menjadikan skrin lebih dominan daripada interaksi sebenar.
Tanpa sedar, ibu bapa sering melakukan kesilapan kecil ketika berbual, menegur, atau mengajar anak, yang akhirnya merenggangkan hubungan.
Dalam sesi ini, saya akan kongsikan 5 tips penting berdasarkan sains komunikasi dan psikologi untuk memperbaiki cara kita berkomunikasi dengan anak agar hubungan kekal erat dan bermakna.
Anak Tiba-tiba Buat Hal? Mungkin Tangki Emosi Mereka Dah Kosong!
Bila anak mula mencabar, meragam, atau sukar dikawal, mungkin bukan mereka sengaja—tapi kerana tangki emosi mereka dah menyurut.
Dalam webinar ini, saya akan kongsikan:
✅ 5 Bahasa Cinta Anak – Bagaimana ibu bapa boleh memenuhinya supaya anak rasa cukup kasih sayang.
✅ Teknik 'Mystery Game' – Cara mudah untuk kenal pasti bahasa cinta utama anak supaya anda boleh beri dengan cara yang betul.
✅ Kesan Hebat – Bila tangki emosi anak penuh, mereka lebih mudah bekerjasama dan tingkah laku mereka lebih senang diurus.
Ibu ayah yang tenang = Anak yang lebih gembira dan harmoni! 🚀
Persiapan Hadapi Fasa Remaja: Apa Ibu Bapa Perlu Lakukan Sekarang?
Fasa remaja sering mengejutkan ibu bapa dengan perubahan drastik—mood swing, tingkah laku mencabar, dan ketidaksetujuan yang kerap. Tanpa persediaan, ibu bapa mungkin rasa buntu, putus asa, atau kehilangan kawalan terhadap hubungan dengan anak.
Dalam webinar ini, saya akan kongsikan:
✅ Kenapa perubahan ini berlaku dan bagaimana ibu bapa boleh bersedia dari sekarang.
✅ Cara mengelakkan konflik besar dan memastikan anak masih menjadikan anda tempat rujukan utama.
✅ Risiko Adversed Childhood Experience (ACE) dan bagaimana mencegah kesan negatifnya terhadap emosi, mental, dan sosial anak kelak.
Jangan tunggu hingga terlambat—persiapkan diri anda sekarang untuk menghadapi fasa ini dengan tenang dan yakin.
Pernah tak rasa anak buat hal sampai hilang kawalan diri?
Kadang-kadang, anak merajuk pun boleh buat kita marah. Kenapa kita mudah ‘triggered’?
Dalam webinar ini, kita akan belajar:
✅ Kesedaran Diri – Apa yang berlaku dalam otak kita ketika situasi tegang?
✅ 3 Langkah Tune In – Cara mudah untuk kekal tenang dan respon dengan lebih rasional.
✅ Kenali ‘Trigger Button’ – Setiap orang ada pencetus emosi tersendiri, fahami supaya lebih terkawal.
Jangan biarkan emosi mengawal kita—belajar cara mengurusnya supaya hubungan dengan anak lebih harmoni. 🌿
Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu?
Anak-anak membesar dalam dunia yang penuh dengan maklumat—ada yang baik, ada yang membimbangkan. Sebagai ibu bapa, bagaimana kita boleh membimbing mereka tentang perkembangan seksualiti dengan cara yang betul, tanpa mencetuskan rasa takut atau keliru?
Dalam webinar ini, kita akan belajar:
✅ Perkembangan seksualiti kanak-kanak – Apa yang normal dan tidak normal mengikut usia.
✅ Cara menangani tingkah laku seksual anak – Supaya mereka tidak malu atau salah tafsir reaksi kita.
✅ Batasan & keselamatan diri – Termasuk peraturan sentuhan, rahsia selamat vs tidak selamat, dan bagaimana membina kemahiran asertif.
✅ Sistem sokongan ibu bapa – Bagaimana menjadi sumber rujukan utama anak, bukan orang luar.
Ilmu ini bukan sekadar perlu, tapi wajib ada untuk membimbing anak-anak kita dengan tenang dan penuh hikmah. 🌿
Turut dikongsikan: Grooming Process - bagaimana pemangsa (pesalah seksual) mempersiapkan anak anda secara halus dan licik untuk menjadikan anak anda mangsa mereka dan kebanyakan mereka adalah orang yang anda kenali & paling percaya!
🔗 Anak remaja makin jauh & susah nak dengar cakap?
🔗 Dah cuba banyak cara, tapi tetap tak jadi?
Jangan biarkan hubungan makin renggang. Webinar ini akan membantu ibu bapa memahami dunia remaja, cabaran yang mereka hadapi, & cara terbaik untuk connect semula dengan mereka.
💡 Apa yang akan anda pelajari?
✔ Sudut Pandang Remaja – Fahami tekanan & perubahan fizikal, emosi, serta psikososial mereka.
✔ Kaedah Psikologi – Teknik yang digunakan oleh terapis profesional untuk menangani isu remaja.
✔ Gaya Keibubapaan – Cara ‘reset’ pendekatan supaya lebih sesuai dengan fasa remaja.
✔ Strategi & Solusi – Langkah praktikal yang ibu bapa boleh buat sekarang untuk elak konflik & bina hubungan yang lebih baik.
📌 Jangan tunggu sampai terlambat – Fahami anak remaja anda sebelum jurang semakin besar!
🔗 Rasa susah nak move on daripada kesilapan lepas dengan anak?
🔗 Selalu rasa bersalah & terbeban dengan keputusan dulu?
Webinar ini 80% hands-on dan direka khas untuk membantu ibu bapa melepaskan rasa bersalah, memaafkan diri, dan bergerak ke depan dengan yakin.
💡 Apa yang anda akan pelajari?
✔ Refleksi & Pemprosesan Emosi – Kenali punca sebenar rasa bersalah & bagaimana menghadapinya.
✔ Teknik Melepaskan & Memaafkan – Aktiviti ekspresif yang membantu membebaskan emosi yang terpendam.
✔ Merancang Tindakan Baru – Bentuk hala tuju yang lebih baik untuk diri & anak.
Jangan biarkan diri terus ‘stuck’ dalam rasa bersalah. Kini masanya untuk bebaskan diri & jadi ibu bapa yang lebih tenang & yakin! ✨
Bagaimana Pastikan Anak Anda Tidak Dibuli ATAU Menjadi Pembuli?
Isu buli bukan perkara kecil. Ia boleh merosakkan keyakinan diri, menjejaskan emosi, dan memberi kesan jangka panjang kepada anak.
💡 Kenapa Kejadian Buli Perlu Dihadapi Dengan Bijak?
✔ Kesan Emosi & Mental – Anak yang dibuli boleh mengalami trauma, kemurungan, atau ketakutan yang berpanjangan.
✔ Gangguan Akademik – Anak mungkin hilang motivasi, takut ke sekolah, atau ketinggalan dalam pembelajaran.
✔ Masalah Sosial Berterusan – Buli bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi boleh berlanjutan di peringkat universiti dan alam pekerjaan.
✔ Anak Juga Boleh Menjadi Pembuli – Jika tidak dikawal, anak yang membuli boleh mengembangkan sikap agresif dan hilang empati terhadap orang lain.
📌 Dalam webinar ini, anda akan belajar:
✅ Mencegah Sebelum Berlaku
🔹 Cara membina resilience (daya ketahanan) anak.
🔹 Skil sosial sihat untuk berinteraksi tanpa menjadi mangsa atau pembuli.
🔹 Bagaimana membina persekitaran yang selamat sejak awal.
✅ Kenali Petanda Awal
🔹 Bagaimana mengetahui anak mungkin sedang dibuli atau membuli tanpa mereka beritahu.
✅ Respon Sewaktu Aduan Berlaku
🔹 Tindakan serta-merta yang ibu bapa boleh ambil.
🔹 Bagaimana memperkasakan anak agar mereka lebih yakin menghadapi situasi buli.
🔹 Langkah penting untuk menangani siberbuli yang semakin membimbangkan.
✅ Solusi Jangka Panjang
🔹 Strategi membentuk keyakinan anak supaya tidak mudah menjadi mangsa buli.
🔹 Bagaimana ibu bapa boleh memastikan anak membesar dalam persekitaran yang lebih selamat dan positif.
💡 Jangan biarkan anak berhadapan dengan isu buli sendirian. Bersedia sekarang untuk melindungi mereka & membimbing mereka menangani cabaran ini dengan bijak!
🔗 Kenapa Anak Sering Tantrum, Merajuk, Atau Mengamuk?
🔗 Ibu Ayah Buntu Nak Kendalikan Emosi Anak?
Mengurus emosi besar anak bukan sekadar mengawal tantrum atau meredakan amukan, tetapi tentang membantu mereka membina ketahanan emosi dan kemahiran mengurus perasaan yang akan membentuk masa depan mereka.
💡 Kenapa Pengurusan Emosi Anak Sangat Penting?
✔ Membantu Anak Kenali & Urus Emosi Mereka Sendiri – Anak yang dibantu memahami emosinya akan lebih mudah mengendalikan stres dan cabaran hidup.
✔ Membentuk Hubungan Ibu Bapa-Anak Yang Lebih Rapat – Apabila anak rasa difahami, mereka lebih terbuka berkongsi perasaan dan pengalaman dengan ibu bapa.
✔ Mengelakkan Masalah Tingkah Laku & Konflik Berulang – Anak yang tidak tahu cara mengurus emosi sering meluahkan melalui tingkah laku agresif, tantrum, atau mengasingkan diri.
✔ Menyediakan Anak Untuk Dunia Nyata – Hidup penuh cabaran dan tekanan. Jika anak tidak belajar mengurus emosi sekarang, mereka akan mudah terkesan dan sukar menghadapi kegagalan atau kesukaran di masa hadapan.
📌 Dalam webinar ini, anda akan belajar:
✅ Memahami Sistem Emosi Anak – Kenapa emosi besar ini terjadi & bagaimana cara menguruskannya dengan bijak.
✅ Teknik Mengenal Punca Emosi Anak (‘Iceberg’ Emosi) – Lihat di sebalik tingkah laku anak dan bantu mereka mengenal serta mengatasi punca sebenar masalah.
✅ 15 Teknik Praktikal Menghadapi Situasi Mencabar – Cara realistik untuk bantu anak urus emosi dengan lebih baik.
✅ 5 Kaedah Efektif Untuk Anak Remaja – Bila anak mula diam, memberontak atau menjauh, bagaimana kita boleh bantu mereka?
💖 Bantu anak memahami & mengurus emosinya hari ini – Supaya mereka membesar dengan yakin, bahagia & mampu mengawal diri dalam apa jua keadaan!
Rasa terbeban dengan kerja & keluarga?
Tak cukup masa untuk diri sendiri?
Kurang komunikasi dengan pasangan dalam urus rumah tangga?
Stres yang tidak diurus dengan baik boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, hubungan dengan anak, dan kesejahteraan keluarga secara keseluruhan.
📌 Dalam webinar ini, anda akan belajar:
✅ Kenali Punca Stres & Cabaran Ibu Bapa Berkerjaya
🔹 Apa faktor utama yang menyebabkan stres meningkat?
🔹 Kenapa ibu bapa sibuk lebih mudah terkesan dengan tekanan harian?
✅ Strategi Praktikal untuk Urus Stres
🔹 Teknik mengawal stres supaya tidak mempengaruhi kesihatan & hubungan keluarga.
🔹 Cara mencipta keseimbangan antara kerja, rumah & masa untuk diri sendiri.
✅ Komunikasi & Perkongsian Tanggungjawab dengan Pasangan
🔹 Cara mengelakkan konflik dalam pengurusan rumah tangga.
🔹 Teknik komunikasi berkesan untuk membina kefahaman & kerjasama.
✅ Gunakan Sumber dengan Bijak untuk Kurangkan Beban
🔹 Kenali alat, sistem & sokongan yang boleh membantu mengurus rumah tangga dengan lebih mudah.
🔹 Teknik delegation yang efektif supaya semua tidak bergantung pada ibu seorang sahaja.
✅ Segmen Interaktif: Personalized Stress Management Plan
🔹 Susun pelan tindakan khusus berdasarkan situasi anda sendiri.
💡 Jangan biarkan stres mengawal hidup anda! Sertai webinar ini dan mulakan langkah untuk kehidupan yang lebih tenang & seimbang.
Hubungan Ibu Bapa & Anak: Sudah Tiba Masa Untuk ‘Maintenance’?
Ada Sesuatu Yang Tak Kena...
Pernah rasa anak semakin jauh?
Mula tak dengar cakap atau memberontak dengan tingkah laku yang sukar difahami?
💡 Hubungan ibu bapa dan anak juga perlukan ‘servis’ berkala.
Seperti kereta yang ada tanda-tanda perlu diservis—begitu juga hubungan dengan anak.
Kadang-kadang hanya perlu sedikit tuning, kadang-kadang perlukan pembaikan yang lebih besar.
📌 Di Mana Nak Bermula?
Dalam sesi ini, saya akan bantu anda:
✅ Kenal Pasti Isu Sebenar
🔹 Mengupas apa sebenarnya yang mengganggu hubungan ibu bapa-anak.
🔹 Fahami tanda-tanda awal sebelum masalah menjadi lebih besar.
✅ Penggunaan ‘Tool #1’
🔹 Ibu bapa akan berlatih menjawab soalan assessment seolah-olah mereka adalah anak.
🔹 Memberi perspektif baru tentang bagaimana anak melihat dan merasai hubungan ini.
✅ Kaedah Analisa Punca
🔹 Kenali sebab utama anak bertindak sedemikian.
🔹 Solusi praktikal untuk setiap cabaran yang dihadapi.
✅ Jadual Perancangan
🔹 Action plan untuk menentukan langkah-langkah memperbaiki hubungan.
🔹 Menetapkan kekerapan dan usaha yang perlu dibuat untuk ‘membaiki’ hubungan ibu bapa-anak.
💡 Jangan tunggu hingga ‘rosak teruk’. Bertindak sekarang untuk mengeratkan kembali hubungan dengan anak-anak sebelum terlambat!
Selalu bila peringkat usia ini kita alami rasa rimas dengan permintaan dan idea serta aksi anak-anak usia ini.
Bukan setakat bergaduh berebut dan ‘bercakau’ malahan permintaan yang kita rasa bukan-bukan dan tak dengar kata kita juga kerap berlaku.
Dah terang berulang kali pun masih tidak faham-faham? Siap salahkan ibubapa nya lagi, ada lah.
Dengarkan perkongsian webinar 1 jam saya berkenaan perkembangan anak kita yang berusia 3-6 tahun dari sudut perkembangan sosio-emosi, pemikiran dan psikoseksual.
Penat emosi juga menyebabkan ibubapa rasa tidak selesa kerana kerap terlepas kepada anak-anak dan pasangan. Sedangkan ibubapa sendiri tahu ianya tidak perlu sebegitu.
Ianya juga menjadi halangan dalam perhubungan dan komunikasi positif kerana emosi kurang baik (stabil).
Video panduan ini 3 jam 50 minit ini akan memberikan kefahaman, kesedaran dan skil kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:
Buntu setiap kali anak mengamuk atau buat perangai?
Geram sebab situasi yang sama berulang setiap hari?
Tak pasti nak respon bagaimana tanpa buat keadaan lebih teruk?
Situasi sukar seperti ini sering terjadi dan boleh memberi kesan kepada emosi ibu bapa serta hubungan dengan anak:
🔹 Tantrum tanpa sebab yang jelas
🔹 Tingkah laku agresif seperti memukul atau menjerit
🔹 Pergaduhan antara adik-beradik yang tak berkesudahan
🔹 Tak mahu ke sekolah tanpa alasan yang jelas
🔹 Menangis berpanjangan tanpa dapat ditenangkan
👉 Bagaimana nak redakan situasi & elakkan ia daripada berulang?
✅ Dalam video ini, anda akan belajar:
🔹 7 langkah mudah untuk mengendalikan momen sukar dengan anak
🔹 Cara mengurus emosi anak dengan pendekatan yang lembut tapi tegas
🔹 Bagaimana membantu anak rasa lebih difahami & disokong
🔹 Teknik supaya ibu bapa boleh ‘move on’ dengan tugas harian tanpa rasa bersalah atau stres
🎬 Tonton video ini dan pelajari strategi praktikal untuk situasi mencabar bersama anak!
Penat emosi juga menyebabkan ibubapa rasa tidak selesa kerana kerap terlepas kepada anak-anak dan pasangan. Sedangkan ibubapa sendiri tahu ianya tidak perlu sebegitu.
Ianya juga menjadi halangan dalam perhubungan dan komunikasi positif kerana emosi kurang baik (stabil).
Video panduan ini 3 jam 50 minit ini akan memberikan kefahaman, kesedaran dan skil kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:
"Webinar Penat Emosi sangat membantu saya untuk menjadi ibu yang lebih baik. Teknik untuk kawal emosi yang diajar oleh Puan Maznah memberi saya ketenangan yang saya tercari-cari selama ini. Terima Kasih Pn Maznah for sharing your knowledge & experiences."
"Byk ilmu yg sy perolehi dan sy amalkan sedikit demi sedikit kepada anak2 serta nampak hasilnya... Anak jd semakin positif, tenang, rajin membantu..."
Sebagai rujukan & boleh cetak sendiri.
*untuk kebanyakan webinar terpilih.
Sesuai digunakan semasa travel & hanya perlukan sambungan internet minima.
*untuk kebanyakan webinar terpilih.
Boleh tonton berulang kali pada bila-bila masa.
Ada soalan yang terpendam? Terus emailkan sahaja.
Maaf, jualan sudah tamat. Anda boleh sertai group whatsapp di atas supaya anda tidak terlepas lagi jualan sebegini.
Link akses akan diberikan dalam tempoh 24 jam melalui email.
Boleh tonton berulang kali tanpa had selama anda boleh akses mengikut tempoh yang diberikan iaitu 1 tahun.
Sangat digalakkan bahkan lebih baik. Supaya anda berada dalam same page apa bila hendak mengamalkan apa yang sudah dipelajari dan berdepan dengan situasi-situasi dengan anak.
Boleh whatsapp admin di nombor ini 011 59831424 atau email: [email protected]
Jika anda gunakan gmail, cuba periksa Folder Promotion gmail anda.
Jika masih tiada, whatsapp admin di nombor ini 011 59831424 atau email: [email protected]. Nyatakan sekali nombor order anda.
Sila whatsapp team kami 6011 5983 1424 untuk bantuan lainjut.
Copyright JAMMAZ MARKETING AND SOLUTIONS (RA0044101U)




























