Kita tak perlukan cuti sempurna, Yang kita perlukan hanyalah sedikit ruang untuk hadir, menyentuh hati dan menyambung semula jiwa keluarga.
Cuti sekolah datang lagi... tapi hati kita sebenarnya belum bersedia.
Anak teruja nak rehat, tapi kita yang mula rasa serabut.
Rumah makin bising, gajet jadi ‘penyelamat’ dan kadang-kadang rasa bersalah sebab lebih banyak marah daripada berbual.
Kita fikir cuti ni masa nak bonding, tapi akhirnya jadi masa untuk 'struggle' bertahan, harap cepat habiskan cuti sekolah ni.
Anak cepat merajuk, cepat menangis, atau asyik minta skrin.
Kita pula cepat letih, cepat naik suara, cepat rasa gagal sebagai ibu bapa.
Ada masa, kita rindu anak yang dulu yang mudah ketawa, suka bercerita, manja dengan kita.
Tapi kini, walau duduk serumah, hubungan terasa jauh. Kita ada bersama, tapi jiwa masing-masing tak berhubung.
Realitinya...
Anak kita membesar dalam dunia yang sangat pantas, bising, dan penuh rangsangan.
Gajet bukan musuh - tapi bila digunakan tanpa batas, ia ‘mencuri’ kepekaan emosi anak.
Ibu bapa pula hidup dalam tekanan masa dan tenaga, hingga hubungan jadi 'functional', bukan lagi emotional dan bila semua ini berlaku serentak,
Rumah bukan lagi tempat ‘recharge” tapi jadi tempat yang cepat letih dan mudah bergaduh.
Tapi berita baiknya
Cuti sekolah ini boleh jadi masa 'recalibrate'.
Masa untuk 'pause', 'reset', dan 'repair' hubungan.
Bukan dengan aktiviti besar atau mahal, tapi dengan momen kecil yang bermakna.
Melalui webinar 'Parenting Recalibrate': Cuti Sekolah, Masa Kembali On Track Bersama Anak, anda akan dibimbing untuk:
Kita tak perlukan cuti sempurna, yang kita perlukan hanyalah sedikit ruang untuk hadir, menyentuh hati, dan menyambung semula jiwa keluarga.
Apa yang bakal dikongsikan
1. Warm-Up & Kesedaran Situasi Semasa
-kita renung semula apa kita telah lalui tahun ini dan apa kita nak improve tahun depan dengan memulakan usaha kecil pada cuti sekolah ini.
2. Kenapa Cuti Sekolah Adalah Masa Emas untuk ‘Recalibrate’
-Kita akan nampak potensi untuk mulakan kalibrasi keibubapaan kita pada cuti sekolah ini kerana faktor anak dan diri kita sendiri.
3. Isu 1: Anak Kurang Yakin Diri
-Kita dah perasan pencapaian anak dari maklumbalas guru, dan luahan anak, antaranya anak ada momen-momen kurang yakin kepada diri sendiri. Maka bagaimana strategi dan aktiviti cuti sekolah untuk anak kecil 4-10 tahun dan 11-17 tahun boleh kita bantu mereka?
4. Isu 2: Anak Cepat Marah / Tantrum / Emosi Tak Stabil
-Apa sebab, dan bagaimana strategi utama untuk kita bantu anak, mulakan pada cuti sekolah ini? Selit sewaktu aktiviti istimewa kita di cuti sekolah ini.
5. Isu 3: Hubungan Jauh / Kurang Bersembang
-Apa aktiviti praktikal dan tanpa gajet yang kita nak mulakan, pada cuti sekolah ini?
6. Mini Plan Cuti Sekolah
-Kita sama-sama buatkan plan aktiviti yang keluarga kita mampu lakukan, sebab setiap keluarga tidak sama. Apa nak tambah, kurangkan, kekalkan dan cuba aktiviti baru?
7. BONUS: expressive art activity, kita buat vision board dari nilai penting buat keluarga kita, ya keluar kita bukan keluarga orang lain.
Kita tak boleh mengubah apa yang sudah berlaku sepanjang tahun.
Tapi kita boleh memperbaiki cara kita melangkah ke hadapan dengan lebih sedar, lebih tenang dan lebih rapat dengan anak.
Cuti sekolah ini adalah masa yang tepat untuk recalibrate dan saya akan membimbing anda untuk melakukannya dengan cara yang realistik dan penuh kasih.
Saya merupakan Kaunselor Berdaftar dengan pengalaman lebih 19 tahun.
Sepanjang kerjaya, saya telah membantu ribuan ibu bapa memahami emosi, meningkatkan kesedaran diri, dan membina hubungan keluarga yang lebih stabil serta selamat secara emosi.
Fokus saya sentiasa pada satu perkara:
Empowering Parents: Membantu ibu bapa menjadi lebih sedar, lebih tenang, dan lebih yakin dalam memimpin anak-anak dengan cara yang selari dengan nilai diri dan keluarga.
Pendekatan saya menggabungkan psikologi perkembangan, regulasi emosi, komunikasi sedar dan pembinaan hubungan yang sihat.
Saya percaya setiap perubahan bermula dari dalam diri ibu bapa dahulu, dan dari situlah ia mengalir secara natural kepada anak-anak.
Melalui pelbagai panduan seperti webinar, ebook, latihan praktikal dan kelas online, saya berusaha menyediakan ruang pembelajaran yang mudah, realistik dan konsisten. Supaya ibu bapa boleh berkembang mengikut ritma hidup mereka sendiri, tanpa tekanan untuk menjadi “sempurna”.
Tujuan saya jelas:
Membantu ibu bapa menyesuaikan cara mendidik agar lebih seiring dengan keperluan anak-anak pada zaman sekarang.
Dengan pendekatan yang lebih tenang, lebih hadir, dan lebih sensitif terhadap perkembangan emosi mereka.
Bukan kerana cara lama itu salah, tetapi kerana anak-anak membesar dalam dunia yang berbeza dan kita sebagai ibu bapa juga sedang berkembang bersama mereka.
Let’s Break the Cycle, starting from within.
"Alhamdulillah sejak mengikuti kursus kali pertama dan kali kedua, hidup saya bertambah baik kerana saya lebih prihatin dan bijak urus emosi saya yg asyik turun naik lebih2 lagi ketika menguruskan anak2 dan suami."
"Saya rasa lebih tenang dan webinar ini seolah2 menunjukkan jalan keluar dari pergolakan emosi sendiri, dengan ilmu dan praktikal yg didapati dari webinar ini Insha Allah bole membantu saya menguruskan emosi dengan lebih baik serta dapat "break the cycle" dari trauma emosi saya sendiri..
Seperti semua ibu2 saya juga berazam menjadi ibu yang terbaik untuk anak2.. Pesanan tuk yg belum hadir, jika anda rasa dunia anda gelap, selalu marah2 selalu beremosi, penyelesaian nya bukan sekadar beribadah dengan tuhan, tanpa ilmu kita akan "lost" juga, so tuntutla ilmu kerana kita adalah madrasah pertama anak2."
"Webinar Penat Emosi sangat mebantu saya untuk menjadi ibu yang lebih baik. Teknik untuk kawal emosi yang diajar oleh Puan Maznah memberi saya ketenangan yang saya tercari-cari selama ini. Terima Kasih Pn Maznah for sharing your knowledge & experiences."
"Saya telah practice tip-tip yang dikongsikan oleh Puan Maznah.
Hasil nya sangat memberangsangkan, komunikasi bersama anak sy lebih berkesan dan terdapat perubahan tingkah laku yang positif pada anak saya."
* Penafian: Hasil adalah berlainan untuk setiap individu
Apa anda akan terima:
RM 297
RM 197
Yuran Webinar ini
RM 79*
*Daftar segera - Yuran ini akan meningkat lagi apabila timer di atas tamat.
TIADA RISIKO
*Jaminan pulangan 100% wang jika anda dapati webinar ini tidak berkesan atau tidak sesuai dengan situasi anda sekarang .
Hanya perlu hubungi kami dalam tempoh 7 hari selepas pembelian.
Rakaman boleh tonton berulang kali tanpa had selama anda boleh akses mengikut tempoh yang diberikan iaitu 1 tahun.
Link akses ke waiting room webinar akan diberikan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran melalui email.
Sangat digalakkan bahkan lebih baik. Supaya anda berada dalam same page apa bila hendak mengamalkan apa yang sudah dipelajari dan berdepan dengan situasi-situasi dengan anak.
Boleh whatsapp admin di nombor ini 013 39 445 30 atau email: [email protected]
Sijil akan diberikan atas permintaan. Hanya perlu emailkan nama penuh dan no kad pengenalan kepada [email protected] atau whatsapp kepada team kami 6011 57771478 selepas anda selesai menonton webinar.
Copyright JAMMAZ MARKETING AND SOLUTIONS (RA0044101U)




