Parenting 'Rewired': Bila Cara Biasa Sudah Tidak Lagi Berkesan

Ubah corak keibubapaan lama dari reaksi automatik kepada respon sedar dan tenang

Kenal pasti kenapa kita sering terperangkap dalam “loop” marah–menyesal–janji–ulang.

Fahami bagaimana anak membentuk kepercayaan melalui deria & emosi.

Belajar cara membina pengalaman baru yang mengubah kepercayaan, tindakan dan hasil hubungan keluarga.

"Kita tak boleh ubah anak dengan kata-kata, tapi kita boleh ubah pengalaman mereka dengan kehadiran kita."

Anak Tak Dengar Kata, Ibu Bapa Semakin Letih

Ramai ibu bapa penat mengulang perkara yang sama setiap hari.
Anak susah dengar arahan, enggan mandi, suka melawan cakap,
walaupun kita dah cuba lembut, tegas, malah kadang-kadang terlepas marah.

Kemudian datang rasa bersalah.
Kita janji nak jadi lebih sabar,
tapi situasi yang sama tetap berulang.

Dalam diam, perasaan kecewa mula membentuk kepercayaan negatif dalam diri kita:
rasa gagal, rasa tak pandai mendidik, dan keyakinan diri makin menurun.

Anak juga tidak terlepas.
Daripada pengalaman teguran dan nada tinggi,
mereka mula membina 'belief' sendiri:
“Aku tak cukup baik”.
“Aku hanya disayangi bila aku dengar kata”.

Lama-kelamaan,
Ibu bapa makin marah, anak makin jauh.
Hubungan menjadi tegang,
dan rumah yang sepatutnya tenang berubah menjadi medan tekanan.

Kenapa Penting?

Jika corak ini dibiarkan berlarutan,
ibu bapa akan terus terperangkap dalam kitaran yang sama;
makin banyak menegur, makin banyak konflik.

Ketenangan hilang, keyakinan diri sebagai ibu bapa merosot,
dan rumah yang sepatutnya menjadi tempat berehat,
menjadi ruang yang penuh ketegangan emosi.

Dalam masa yang sama, anak yang membesar dengan pengalaman sebegini
membawa bersamanya kepercayaan dan reaksi yang terbentuk daripada pengalaman setiap hari.

Apa yang mereka alami hari ini akan menjadi asas kepada cara mereka berhubung,
merasa diri, dan membina keyakinan pada masa depan.

Tanpa disedari,
corak yang sama boleh berulang dari satu generasi ke generasi berikutnya.

#BreakTheCycle

Webinar Ini Khas Untuk Anda

Kita semua pernah berazam untuk jadi ibu bapa yang lebih tenang. Kita baca buku, tonton video, cuba hafal skrip komunikasi positif.
Tapi bila anak mula melawan, menangis, atau sengaja tak ikut arahan, semua teori seakan hilang begitu saja.

Kita kembali ke corak lama. Marah, menyesal, dan berjanji untuk tak ulang. Namun kitaran itu terus berulang, walau kita sudah tahu apa yang sepatutnya dibuat.

Kenapa?

Kerana perubahan sebenar tidak bermula dari teori, tetapi dari 'pengalaman baru'.

Anak belajar melalui pengalaman mereka bersama kita.
Bagaimana kita menatap, menyentuh, menegur, atau mendengar.
Begitu juga kita sebagai ibu bapa;
kita berubah bukan bila kita tahu lebih banyak,
tetapi bila kita mula merasakan sesuatu yang baru.

Webinar ini mengajak anda untuk berhenti sejenak dan melihat ke dalam.
Untuk memahami bagaimana pengalaman lama membentuk cara kita bertindak,
dan bagaimana pengalaman baru boleh membuka ruang kepada corak yang lebih sedar, lebih tenang, dan lebih berkesan.

Dalam sesi ini, anda akan dibimbing untuk:

1. Bila Cara Biasa Tak Lagi Berkesan - Melihat semula corak lama yang berulang
Kenal pasti punca sebenar kenapa kita mudah ‘trigger’ walaupun sudah tahu teorinya.

2. Fahami dunia pengalaman anak
Bagaimana deria dan emosi anak membentuk kepercayaan tentang dirinya.

3. Mengenali jurang antara Generasi Y, Z dan Alpha
Agar kita boleh menyampaikan mesej dengan cara yang anak faham, bukan sekadar dengar.

4. Meneroka model Parenting 'Rewired Pyramid'
Bagaimana setiap pengalaman baru mencetuskan belief baru, tindakan baru, dan hasil baru.

5. Berlatih teknik “Stop, Drop & Connect”
Latihan praktikal untuk mencipta detik baru bersama anak, di mana hubungan bermula semula dengan kehadiran, bukan kemarahan.

Maznah Ibrahim

Saya merupakan kaunselor berdaftar dengan pengalaman lebih 19 tahun membantu individu, pasangan dan keluarga mengurus cabaran emosi, hubungan, dan keibubapaan.

Sepanjang kerjaya, saya telah membimbing ramai ibu bapa yang memikul rasa bersalah, kesedihan mendalam, dan kurang keyakinan diri, walaupun mereka sudah berusaha sepenuh hati untuk keluarga.

Pengalaman ini mengajar saya bahawa pemulihan bermula dengan keberanian untuk melihat ke dalam diri, memahami emosi dengan jujur, dan belajar mengurusnya secara sedar.

Misi saya adalah membantu ibu bapa membina semula keyakinan, melepaskan beban rasa bersalah, dan mencipta suasana rumah yang lebih tenang serta penuh kasih sayang.

Let’s Break the Cycle, mulai dari hati kita sendiri.

Pertama Kali?

Ini Antara Lebih 700 Review Peserta Webinar-Webinar Saya Sebelum Ini.

Dan bagaimana ianya sudah membantu hidup mereka.

"Alhamdulillah sejak mengikuti kursus kali pertama dan kali kedua, hidup saya bertambah baik kerana saya lebih prihatin dan bijak urus emosi saya yg asyik turun naik lebih2 lagi ketika menguruskan anak2 dan suami."

- Feeza

"Saya rasa lebih tenang dan webinar ini seolah2 menunjukkan jalan keluar dari pergolakan emosi sendiri, dengan ilmu dan praktikal yg didapati dari webinar ini Insha Allah bole membantu saya menguruskan emosi dengan lebih baik serta dapat "break the cycle" dari trauma emosi saya sendiri..

Seperti semua ibu2 saya juga berazam menjadi ibu yang terbaik untuk anak2.. Pesanan tuk yg belum hadir, jika anda rasa dunia anda gelap, selalu marah2 selalu beremosi, penyelesaian nya bukan sekadar beribadah dengan tuhan, tanpa ilmu kita akan "lost" juga, so tuntutla ilmu kerana kita adalah madrasah pertama anak2."

- Farhaney

"Webinar Penat Emosi sangat mebantu saya untuk menjadi ibu yang lebih baik. Teknik untuk kawal emosi yang diajar oleh Puan Maznah memberi saya ketenangan yang saya tercari-cari selama ini. Terima Kasih Pn Maznah for sharing your knowledge & experiences."

- Jaspreet Kaur

* Penafian: Hasil adalah berlainan untuk setiap individu

Apa anda akan terima:

Item #1 : Akses Rakaman (1 tahun ) - Bernilai RM 297

Item #2:  Akses Nota PDF Webinar  - Bernilai RM 49

RM 297

RM 197

Yuran Webinar ini

RM 79*

*Dapatkan segera - Yuran ini boleh meningkat tnapa notis.

TIADA RISIKO

*Jaminan pulangan 100% wang jika anda dapati webinar ini tidak berkesan atau tidak sesuai dengan situasi anda sekarang .

Hanya perlu hubungi kami dalam tempoh 7 hari selepas pembelian.


Sertai Group Whatsapp ini jika anda tidak mahu terlepas pengumuman webinar, panduan, ebook & offer terkini Dr. Maznah berkenaan keibubapaan & kesihatan mental ibubapa & anak.

FAQ

Berapa lama & berapa kali boleh ulang tonton?

Rakaman boleh tonton berulang kali tanpa had selama anda boleh akses mengikut tempoh yang diberikan iaitu 1 tahun.

Berapa lama akan dapat akses?

Link akses ke waiting room webinar akan diberikan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran melalui email.

Boleh saya tonton bersama pasangan?

Sangat digalakkan bahkan lebih baik. Supaya anda berada dalam same page apa bila hendak mengamalkan apa yang sudah dipelajari dan berdepan dengan situasi-situasi dengan anak.

Saya perlukan bantuan untuk mendaftar

Boleh whatsapp admin di nombor ini 013 39 445 30 atau email: [email protected]

Ada e-sijil disediakan?

Sijil akan diberikan atas permintaan. Hanya perlu emailkan nama penuh dan no kad pengenalan kepada [email protected] atau whatsapp kepada team kami 6011 57771478 selepas anda selesai menonton webinar.

Copyright JAMMAZ MARKETING AND SOLUTIONS (RA0044101U)