Bila emosi datang, kita react tanpa sedar —
walaupun kita tahu itu bukan cara yang kita nak.
Sesi ini bantu anda kenal pasti corak emosi yang berulang, faham kenapa ia terjadi, dan mula ubah respon — supaya hubungan dengan anak jadi lebih tenang dan sedar.
Akses dibuka pada harga promosi untuk tempoh terhad

"Kita mungkin tidak memilih sarang asal kita, tetapi kita berkuasa sepenuhnya memilih bagaimana kita membina sarang seterusnya."
Anak buat perangai kecil saja… tapi tiba-tiba kita naik suara.
Lepas tu kita diam. Rasa bersalah. Tapi esok… ulang balik benda yang sama.
Kita tahu cara tu tak membantu. Kita tak suka versi diri kita tu.
Tapi dalam moment tu… macam tak sempat nak control.
Ini bukan sebab anda tak cukup sabar.
Ini corak emosi yang dah lama terbentuk —
dan masih berjalan tanpa sedar.
Apa Kata Mereka Yang Telah Lalui Sesi Ini
"Pertama kali Sy dapat join webinar dr awal sampai habis. Menarik topik malam ni. Pada Sy seorg yg susah nk berkongsi cerita, tp kali ni lebih terbuka dan dpt share lukisan sarang Sy. Satu kesedaran Sy dapati Sy tak masukkan diri Sy dlm sarang 1 realitinya Sy mmg suka mengasingkan diri drp keluarga. Sebak masa lukis sarang 2 sbb Sy tahu apa yg Sy nak dlm hidup Sy. Terima kasih puan Maznah dgn ilmu yg baru ni."
Mimi, Selangor
"Alhamdulillah. Sesi refleksi diri dalam hubungan keluarga yg sangat menarik. Refleksi melalui lukisan dan dengan lukisan juga kita boleh niat utk perbaiki. Walaupun sejarah keluarga lama yg munkin tak berapa baik yg Allah izinkan pd kita, kita masih boleh berusaha utk ubah jadi lebih baik utk keluarga kita sendiri dan generasi yg seterusnya."
Syifa, Negeri Sembilan
"Reflect to my own self, I need someone to talk about this especially parenting bonding. Currently, I'm trying to repair back my relationship with children yet it is hard as we live in different countries. But this program will guide me to break the cycle from my previous nest to my new nest."
Azian, Kazakhstan
"Saya sedar yang sy boleh buat sarang yang baru dengan lebih baik. Dengan meninggalkan sarang lama."
Wen Erwan, Cyberjaya
Bukan sebab anda malas atau tidak peduli. Ada sebab lain yang lebih dalam.
Contohnya… anak buat perangai sikit → kita naik suara → lepas tu rasa bersalah.
Dan kita janji: "Lepas ni aku nak sabar…"
Tapi bila situasi sama datang semula — kita ulang balik.
Cara kita bertindak balas terhadap konflik — diam, marah, rasa bersalah — seringkali adalah 'warisan emosi' dari sistem keluarga asal (family-of-origin) yang belum selesai.
Luka lama yang tidak diproses jarang hilang sendiri. Ia muncul semula dalam bentuk keresahan, rasa 'tidak cukup bagus', atau kesukaran membina bonding yang rapat dengan anak.
Tanpa kesedaran yang cukup, kita cenderung mengulang corak asuhan yang sama — walaupun kita dah berjanji tidak mahu jadi begitu. Kitaran ini perlu dipecahkan dari dalam, bukan dari luar.
"Seringkali kita cuba mengubah tingkah laku luaran — namun lupa merawat punca dalaman yang menggerakkan emosi kita."
Bukan sebab anda tak tahu…
tapi sebab ada sesuatu dalam diri yang masih "auto react".
Anda berusaha menjadi pasangan atau ibu bapa yang baik, tetapi sering terperangkap dalam corak lama yang anda sendiri benci.
"Saya sayang keluarga saya, tapi banyak benda tak selesai." Beban emosi yang tidak diproses ini menjadi berat yang anda pikul setiap hari.
Bila tidak diproses, luka lama masuk ke hubungan baru. Corak lama berulang. Dan tanpa sedar, kita mewariskan luka ini kepada anak-anak.
Masalah utama bukan semata-mata konflik keluarga.
Masalah sebenar ialah corak emosi yang tidak diproses & tidak disedari.
Kadang bukan apa yang kita cakap yang beri kesan…
tetapi keadaan emosi kita ketika itu.
Ramai ibu bapa dah tahu apa patut buat.
Nak cakap elok, nak sabar, nak control emosi.
Tapi bila situasi datang — semuanya hilang.
Kita react ikut apa yang dah terbentuk lama dalam diri kita.
Sebab tu perubahan bukan bermula dengan teknik baru…
tetapi dengan memahami apa yang sebenarnya menggerakkan reaksi kita.
"Anda boleh berhenti seketika, fikir, dan ulang semula bila perlu. Ini bukan sesuatu yang perlu dihabiskan sekaligus, tetapi sesuatu yang boleh anda hadam perlahan-lahan, mengikut kesediaan emosi anda."

Penafian: Pengalaman ini bukan merupakan sesi terapi klinikal, sebaliknya ia adalah sebuah sesi pembelajaran pengalaman (experiential learning) melalui proses fasilitatif seni ekspresif (expressive arts facilitative process).
Bezanya, anda tidak perlu mengejar ini… tetapi boleh berhenti seketika, fikir, dan ulang semula bila perlu.
Bukan sekadar dengar… tetapi satu proses yang membawa anda dari kesedaran kepada perubahan dalaman.
Mewujudkan ruang selamat dalam diri sebelum memulakan penerokaan emosi.
Melukis sarang keluarga asal untuk melihat realiti emosi masa lalu.
Memahami simbolik dan makna di sebalik lakaran anda.
Proses melepaskan (letting go) apa yang tidak perlu dan memilih apa yang mahu dibawa.
Melakar visi keluarga yang sedang anda bina hari ini dengan kesedaran baru.
Menyatukan pengalaman dan merangka langkah seterusnya.

Kaunselor Berdaftar (KB, PA) • Pengalaman 20 Tahun
Dengan latar belakang profesional selama hampir dua dekad, Dr. Maznah telah membimbing ribuan ibu bapa melalui proses regulasi emosi dan pembinaan hubungan keluarga yang sihat.
Beliau percaya bahawa Empowering Parents bukan sekadar memberi teknik asuhan, tetapi membantu individu mencapai kesedaran diri yang mendalam (self-awareness) untuk memecahkan kitaran emosi yang tidak sihat.
Melalui pendekatan Expressive Arts, beliau menyediakan ruang yang selamat (safe space) untuk ibu bapa berkembang tanpa tekanan, seiring dengan keperluan psikologi anak-anak di zaman moden.
"Let's Break the Cycle, starting from within."
Pernah ke udara & berkongsi di:

Bukan janjian besar. Tetapi perubahan kecil yang bermakna — yang bermula dari dalam.
Mula perasan bila emosi naik — sebelum ia terlepas. Kesedaran itu sendiri sudah mengubah banyak perkara.
Ada sedikit ruang antara rasa dan reaksi. Ruang kecil itu yang membezakan respon dengan tindak balas automatik.
Bukan anak yang jadi masalah. Anda mula nampak apa sebenarnya yang mencetuskan reaksi dalam diri.
Walaupun setiap topik dan pendekatan berbeza, fokusnya tetap sama – membantu ibu bapa memahami emosi dan membina cara respon yang lebih baik dalam hubungan dengan anak
"Alhamdulillah sejak mengikuti kursus kali pertama dan kali kedua, hidup saya bertambah baik kerana saya lebih prihatin dan bijak urus emosi saya yg asyik turun naik lebih2 lagi ketika menguruskan anak2 dan suami."
Feeza
"Saya rasa lebih tenang dan webinar ini seolah2 menunjukkan jalan keluar dari pergolakan emosi sendiri... dapat 'break the cycle' dari trauma emosi saya sendiri. Pesanan tuk yg belum hadir, tuntutla ilmu kerana kita adalah madrasah pertama anak2."
Farhaney
"Webinar ini sangat membantu saya untuk menjadi ibu yang lebih baik. Teknik untuk kawal emosi yang diajar memberi saya ketenangan yang saya tercari-cari selama ini."
Jaspreet Kaur
"Saya telah practice tip-tip yang dikongsikan. Hasil nya sangat memberangsangkan, komunikasi bersama anak sy lebih berkesan dan terdapat perubahan tingkah laku yang positif pada anak saya."
Aisyah
Perubahan tidak datang dari teori semata-mata, tetapi dari kefahaman yang jelas dan langkah yang boleh dipraktikkan.
Penafian: Hasil adalah berbeza untuk setiap individu
Ini bukan sekadar tontonan, tetapi satu pengalaman untuk anda melihat semula apa yang selama ini berulang. Mulakan experiential reflection anda sekarang.
Harga promosi sah sehingga countdown tamat sahaja.
Kalau anda rasa ini relate…
mungkin ini masa untuk faham apa yang sebenarnya berlaku dalam diri.
Secured Checkout
Yuran Akan Meningkat Lagi: